Friday, September 26, 2008

MENGHAYATI MALAM 27 RAMADHAN






Hari dan masa berlalu begitu cepat, dah dah masuk malam ke 27, terasa kurang ilmu didada, gambar ini dirakam disurau amanjaya anggerik sungai petani, ramai sungguh para muslimin dan muslimat pun turut sama memeriahkan suasana berkhatam Quran, anjuran surau ini diketuai oleh Ustaz Shahirul , Ustaz Suhaimi dan Ustaz Muhaimi ( SSM ), terima kasih pada mereka kerana banyak memberi tunjuk ajar yang amat berguna didunia dan akhirat...semoga Tuhan membalas mereka.

Lihatlah kanak - kanak kita, jika kita mengajar ia menghayati Al Quran , InsyaAllah mungkin ia akan ikut. nak melentur buluh biar dari rebung.

Sedikit cenderahati ( Tajaan Surau) diberi kepada semua jemaah, kerana kesudian mereka dari awal ramadhan dapat bertahan hingga ke malam ini...Syabas.

Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi tahun hadapan. Diakhir program semua muslimin dan muslimat dihidangkan sedikit Jamuan ( Tajaan Syed HPA ).

Sesiapa yang melihat dan berminat untuk memeriahkan Surau ini datanglah bersama kita.....
kami boleh memberi tunjuk ajar...

3 comments:

qamar said...

Nuar,

Pemuda tang sedang mencedok kuah mee tu hansem gak org nya..hehe

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari aku dan keluarga.

anuarismail said...

pemuda tu bab , makan no 1..keh keh

Unknown said...

Pemuda tu cedok kuah sampai abis...patut la, orang last dapat makan mee saja...he he

Radio Kedah Online