Sunday, October 12, 2008

GOOD BYE HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

Dari Hospital Kuala Terengganu ke Klinik Kesihatan Kg.Lalang, Baling dan terus betukar ke Hosp Sg Petani pada tahun 1999 , pada tahun tersebut saya berkerja di Hospital Sungai Petani, dan pada awalnya agak kaku sedikit untuk berkerja di Hospital Sungai Petani (lama), maklumlah ramai pesakit disini dan terasa berjauhan dengan Kg di daerah Baling..Lama kelamaan barulah serasi dengan hospital sp dan setelah berkeluarga dan membeli rumah di daerah sungai petani padahal pada awalnya niat dihati berkerja di sungai petani hanya sementara sahaja tapi tak sangka juga, terasa seronok berkerja disini dah hampir 10 tahun, hari masa begitu cepat belalu dan diam tak diam dah kena pindah kerja pula ke Hospital Baling pada 1 July 2008 , diatas kenaikan pangkat, saya berasa bangga kenaikan pangkat tapi apa yang dirisaukan ialah kerana berjauhan dari rumah di Sungai petani ke Baling ,nak tak nak terpaksalah kena berulang alik,minyak sudah naik, tapi demi masa depan saya , kena terimalah semua itu.
Walaubagaimana pun saya bersyukur kerana saya dapat ditangguhkan selama 3 bulan atas keputusan kedua belah Pengarah iaitu selepas raya, atas sebab tertentu.
Bagi saya cukup betuah kerana dapat berkerja di Baling , tempat lahir dan kg sendiri tapi masalah bagi saya sekarang kerana saya sudah bermastuatin disini , rumah , anak serta keluarga semua sudah sebati disini. Apa-apa pun kita pi...juga.
Kesempatan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih yang teramat kepada Pengarah Dr. Harif Fadzilah Che Hashim (gambar 12.10.08) yg banyak memberi bantuan secara lansung atau tidak lansung dan mengajar saya tentang pengurusan klinikal hospital. Jasa budi akan dikenang dan juga kepada Hj. Kachi dan Hj. Othman serta juga sahabat dalam membantu kerjaya saya...

" Maaf Zahir batin, Semoga Jumpa Lagi "

No comments:

Radio Kedah Online