Monday, May 4, 2009

Salam Bertemu Kembali Sahabatku 1991


Hari cuti Umum 1hb May 2009 hingga 3hb May 2009 , saya menghabiskan masa bersama keluargaku bercuti makan angin ke selatan semenanjung malaysia itu Melaka dan Negeri Sembilan, apa yang menarik cuti ku kali ini, ialah dapat bertemu sahabat lama , semasa berada di Sekolah Menengah Tingkat 3-5. Tak disangka juga, dalam hajatku bercuti dapat bertemu kawan baikku semasa susah senang kehidupan persekolahan, baju hitam nama yom dan baju biru namanya zakian, kedua mereka adalah cikgu berkerja di berlainan tempat Melaka dan Shah Alam, tapi isteri mereka sama tempat, ini yang hairan ni, gadis melaka jadi pilihan depa mungkin ada istimewa gadis melaka ni..jodoh katakan. keturunan Hang Tuah kot. Anak masing dah 3 org.

Pertemuan kami , lepak ke pukul 2 pagi berada di pantai kelemban. sekali sekala lepak tengah malam, berbual apa cerita kenangan dahulu sudah 18 tahun tak ketemu. Kawanku membawa ku seluruh bandar melaka, menarik pada waktu malam. Disebabkan kami sudah berkeluarga tak macam bujang dulu boleh lepak ke pagi, la kena ingat anak kecil dirumah kena balik awal. walaubagaimana pun pertemuan tercatat pada malam ini, indah juga pemandangan serta indah lagi bertemu kawan ku ini. Perjumpaan ku hari ini menjadi kenangan Abadi. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Terima kasih kepada Yom, kerana sudi menumpangku dan keluargaku dirumahmu yom , semoga tak serik jemputku kerumahmu. Jasa budimu tetapku kenang ye..


No comments:

Radio Kedah Online