Friday, December 3, 2010

Monday, November 30, 2009

Percutian Sekolah 2010

Bulan ini dah start dah mula jalan-jalan cari makan angin..mula sekali..aku pi KL dan Melaka..bersiar -siar je

Monday, May 4, 2009

Salam Bertemu Kembali Sahabatku 1991


Hari cuti Umum 1hb May 2009 hingga 3hb May 2009 , saya menghabiskan masa bersama keluargaku bercuti makan angin ke selatan semenanjung malaysia itu Melaka dan Negeri Sembilan, apa yang menarik cuti ku kali ini, ialah dapat bertemu sahabat lama , semasa berada di Sekolah Menengah Tingkat 3-5. Tak disangka juga, dalam hajatku bercuti dapat bertemu kawan baikku semasa susah senang kehidupan persekolahan, baju hitam nama yom dan baju biru namanya zakian, kedua mereka adalah cikgu berkerja di berlainan tempat Melaka dan Shah Alam, tapi isteri mereka sama tempat, ini yang hairan ni, gadis melaka jadi pilihan depa mungkin ada istimewa gadis melaka ni..jodoh katakan. keturunan Hang Tuah kot. Anak masing dah 3 org.

Pertemuan kami , lepak ke pukul 2 pagi berada di pantai kelemban. sekali sekala lepak tengah malam, berbual apa cerita kenangan dahulu sudah 18 tahun tak ketemu. Kawanku membawa ku seluruh bandar melaka, menarik pada waktu malam. Disebabkan kami sudah berkeluarga tak macam bujang dulu boleh lepak ke pagi, la kena ingat anak kecil dirumah kena balik awal. walaubagaimana pun pertemuan tercatat pada malam ini, indah juga pemandangan serta indah lagi bertemu kawan ku ini. Perjumpaan ku hari ini menjadi kenangan Abadi. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Terima kasih kepada Yom, kerana sudi menumpangku dan keluargaku dirumahmu yom , semoga tak serik jemputku kerumahmu. Jasa budimu tetapku kenang ye..


Tuesday, March 24, 2009

Gambar Kenangan MA Alor Setar 1993



Assalammualaikum ....Salam Sejahtera. Ilham ini timbul perbualan saya dengan zamri Perak dan Roslan Azali dan Hamzi Alor setar dan terfikir hendak membuat Re-Union. Kepada semua Kawan2 atas permintaan kawan, saya dengan ini cuba membawa kawan2 kita dari kolej PP Alor Setar Kumpulan 1/1993 untuk diketemukan semula setelah 12 tahun tidak bertemu, terutama dari utara selatan timur. Saya berharap tuan dapat meluangkan masa pada hari tersebut.

Dengan Adanya majlis perjumpaan ini nanti selain merapatkan kembali dan bertanya khabar ia juga akan menjadi contoh kepada pelajar lain bahawa pelajar PPP Tahun 90 an tidak akan berubah walaupun ditelan zaman iaitu semangat setia kawan.

Kita akan rancang perjumpaan re union nanti..semua akan dihubungi kepada anda semua. Kepada kawan kita yang membaca blog ini sila layari www.kppas.blogspot.com

Saturday, March 14, 2009

Persidangan PPP U32&U36 di Kota Bahru




Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana rakmatnya semua ppp berjaya mengadakan kurus Persidangan PPP di Hotel Renaissance Kota Bahru ,kelantan pada 12-14 Mac 2009. Terdapat lebih kurang 100 peserta yang hadir diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Tujuan kursus ini diadakan adalah bertujuan memperkasakan Profesionalisma dan amalan etika supaua lebih efisyen dalam penyampain perkhidmatan kepada pelanggan. Disamping itu juga ia bertujuan meningkatkan mutu kerja dalam profesion PPP dengan globol yang mencabar.
Persidangan ini juga secara tak langsung menemukan kawan2 lama yang tidak dapat dihubungi setelah perpisah semasa selepas pengajian di kolej masing-masing. Semoga dengan apa yang ditemukan akan dapat bertukar pengalaman dan juga idea yang ada bagi membina untuk diguna pakai samaada ditempat kerja atau diluar tempat kerja

Wednesday, January 28, 2009

Bertemua Kembali Sahabat lama


Tak disangka juga..rupanya setipa kali ada kursus atau persidangan, masa inilah kita dapat berjumpa kawan lama , yang hilang tak dapat dihubungi....betapa seronak bila cerita kisah lama dan gelak ketawa. Muka kawan dah pun ubah dah...

Friday, October 17, 2008

Lensa Camera Handphone Nokia



Dalam perjalanan pulang, dari Kota Bahru, sempat juga kamera handphoneku snape...
Inilah gambar yang sempat diambil ketika dalam perjalanan ke Persidangan di kota bahru...pasar khadijah...wakaf che yeh....keropok takan lupa. Sapa nak pi..sana la musim kemarau..lekas le

Radio Kedah Online